loading

Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) - Separuh Masa

Program CEA merupakan laluan untuk melahirkan seorang ejen harta tanah yang berkelayakan serta berpengetahuan dari segi akademik dan mempunyai kepakaran teknikal dalam bidang agensi harta tanah. Fokus utama program ini adalah dari segi aspek teori dan praktikal dalam bidang agensi harta tanah.
Program ini dilaksanakan dalam dua mod iaitu separuh masa dan sepenuh masa. Perbezaan antara dua mod adalah dari segi umur iaitu program CEA sepenuh masa untuk pemohon berumur 17 hingga 21 tahun manakala program CEA separuh masa untuk pemohon berumur 17 hingga 65 tahun. Yuran pengajian bagi kedua-dua mod juga berbeza.

Program CEA telah :
     - Mendapat akreditasi daripada Lembaga Penilai, Pentaksir,Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH)
       pada 11 Julai 2011 (setaraf dengan peperiksaan Estate Agent untuk Bahagian I dan II di bawah LPPEH)

Tempoh Pengajian :      Pengajian program CEA separuh masa ditawarkan selama 20 bulan termasuk latihan industri (14 bulan pengajian dan 6 bulan latihan industri)

Syarat kemasukan program CEA separuh masa mestilah rakyat Malaysia yang berumur 17 hingga 65 tahun. Pemohon juga mestilah lulus peperiksaan SPM atau setaraf dan mendapat kelayakan seperti berikut:

1. Kepujian dalam mata pelajaran
    • Bahasa Melayu
    • Matematik atau Matematik tambahan /
        Sains / Prinsip akaun / Perdagangan
    • Satu (1) mata pelajaran lain dan
2. Lulus dalam mata pelajaran:
    • dua (2) mata pelajaran lain.
3. Atau mempunyai diploma atau ijazah yang diiktiraf.

Sistem penilaian bagi program CEA meliputi
markah peperiksaan akhir dan kerja kursus. Pelajar perlu lulus kedua-dua elemen yang dinyatakan tersebut. Kerja kursus adalah terdiri daripada tutorial, ujian, kuiz, tugasan dan sebagainya.

Yuran pengajian bagi keseluruhan pengajian ialah RM8745:

1. Yuran pendaftaran dan pengajian semester 1: RM 3045
2. Yuran pengajian semester 2: RM 2850
3. Yuran pengajian semester 3: RM 2850

Kurikulum pengajian adalah berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran dalam bidang agensi harta tanah.

Pelajar akan dianugerahkan sijil setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Mendapat kedudukan baik
2. Telah lulus semua mata pelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum pengajian
3. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan

Graduan INSPEN akan bekerja di sektor swasta (syarikat Agensi Harta Tanah, Pemaju, Penilai dan lain-lain) dan boleh berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) sebagai Agen Harta Tanah Percubaan.

Berminat?? Sila Klik Butang Daftar Untuk Mendaftar Sekarang.