loading

Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)

Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) adalah program kedua yang dijalankan oleh INSPEN. Program ini bertujuan untuk mengeluarkan graduan bagi mengisi kekurangan tenaga separa professional yang terlatih dalam bidang pengurusan harta tanah sama ada di sektor awam atau sektor swasta. Kandungan program ini juga berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran ditempat kerja.

Semua kurikulum program SPGT telah:
    1. Mendapat perakuan akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA): MQA/FA 11514
    2. Disokong oleh badan professional iaitu Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta
        (LPPEH) dan Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM)
    3. Diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setaraf dengan sijil Harta Tanah daripada
        Institut Pengajian Tinggi Awam untuk syarat lantikan baru bagi Skim
        Perkhidmatan sebagai Pembantu Penilaian Gred W19:P1T9.

Tempoh Pengajian :      Program ini ditawarkan secara sepenuh masa untuk dua (2) tahun dan ianya termasuk satu (1) semester latihan industri di organisasi-organisasi berkaitan.

Syarat kemasukan program SPGT mestilah rakyat Malaysia yang berumur antara 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan. Pemohon juga mestilah lulus peperiksaan SPM atau setaraf dan mestilah mendapat:

1. Kepujian dalam mata pelajaran
    • Bahasa Melayu
    • Matematik atau Matematik tambahan
    • Satu (1) mata pelajaran lain dan
2. Lulus dalam mata pelajaran:
    • Bahasa Inggeris
    • Satu (1) mata pelajaran lain.

Bahasa pengantar utama program SPGT adalah Bahasa Inggeris.
Sistem pengajian di INSPEN adalah berdasarkan semester yang meliputi kuliah dan tutorial, latihan amali makmal/studio dan latihan industri. Penilaian pengajian adalah berdasarkan gabungan kerja kursus dan peperiksaan akhir. Kerja kursus adalah terdiri daripada tutorial, ujian, kuiz, tugasan dan sebagainya.

Yuran pengajian bagi setiap semester ialah RM365, merangkumi:

1. Yuran pengajian : RM 200
2. Yuran Kemudahan : RM 80
3. Yuran lain-lain : RM 85

Kurikulum pengajian adalah berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran dalam bidang penilaian dan pengurusan harta tanah.

Pelajar akan dianugerahkan sijil setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Mendapat kedudukan baik
2. Telah lulus semua mata pelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum pengajian
3. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan

Graduan INSPEN mempunyai dua (2) pilihan setelah tamat pengajian iaitu:

1. Bekerja di sektor awam atau sektor swasta, atau
2. Melanjutkan pelajaran di peringkat:
     a. Diploma dan Ijazah di Universiti Awam dan Universiti Swasta Tempatan, atau
    b. Ijazah luar negara iaitu di Queensland
     University of Technology (QUT), Australia
    atau di Western Sydney University (WSU),
    Australia.

Berminat?? Sila Klik Butang Daftar Untuk Mendaftar Sekarang.