loading

SELAMAT DATANG KE ACADEMIC INSPEN MANAGEMENT SYSTEM (AIMS)
INSTITUT PENILAIAN NEGARA

Permohonan Pelajar Online

Permohonan Baru Kemaskini Permohonan Keputusan Permohonan

Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)

Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) adalah program pertama yang dijalankan oleh INSPEN. Program ini bertujuan untuk mengeluarkan graduan bagi mengisi kekurangan tenaga separa professional yang terlatih dalam bidang penilaian harta tanah sama ada di sektor awam atau sektor swasta. Kandungan program ini juga berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran ditempat kerja. Keterangan Lanjut

Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)

Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) adalah program kedua yang dijalankan oleh INSPEN. Program ini bertujuan untuk mengeluarkan graduan bagi mengisi kekurangan tenaga separa professional yang terlatih dalam bidang pengurusan harta tanah sama ada di sektor awam atau sektor swasta. Kandungan program ini juga berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran ditempat kerja.

Keterangan Lanjut
Sijil Agensi Harta Tanah (CEA)

Program CEA merupakan laluan untuk melahirkan seorang ejen harta tanah yang berkelayakan serta berpengetahuan dari segi akademik dan mempunyai kepakaran teknikal dalam bidang agensi harta tanah. Fokus utama program ini adalah dari segi aspek teori dan praktikal dalam bidang agensi harta tanah. Perbezaan antara dua mod adalah dari segi umur iaitu program CEA sepenuh masa untuk pemohon berumur 17 hingga 21 tahun manakala program CEA separuh masa untuk pemohon berumur 17 hingga 65 tahun. Yuran pengajian bagi kedua-dua mod juga berbeza.

Keterangan Lanjut

Aktiviti Pelajar

Yang Terdapat Di Inspen