Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) merupakan laluan untuk melahirkan seorang ejen harta tanah yang berkelayakan serta berpengetahuan dari segi akademik dan mempunyai kepakaran teknikal dalam bidang agensi harta tanah. Fokus utama program ini adalah dari segi aspek teori dan praktikal dalam bidang agensi harta tanah.
Program CEA ini telah mendapat akreditasi daripada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH) pada 11 Julai 2011 (setaraf dengan peperiksaan Ejen Harta Tanah untuk Bahagian I dan II di bawah LPEPH).
Program Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) ini dilaksanakan dalam dua (2) mod iaitu Program Perdana dan Program Eksekutif. Perbezaan antara dua mod ini adalah seperti berikut:
MOD PENGAJIAN | PERDANA | EKSEKUTIF |
---|---|---|
Had Umur | 17 hingga 21 tahun | 17 hingga 65 tahun |
Tempoh Pengajian | 87 minggu termasuk latihan industri | 90 minggu termasuk latihan industri |
Kuliah | Isnin hingga Jumaat | Sabtu |
Yuran Pengajian | RM365 setiap semester |