loading

Sijil Agensi Harta Tanah (CEA)

Program CEA merupakan laluan untuk melahirkan seorang ejen harta tanah yang berkelayakan serta berpengetahuan dari segi akademik dan mempunyai kepakaran teknikal dalam bidang agensi harta tanah. Fokus utama program ini adalah dari segi aspek teori dan praktikal dalam bidang agensi harta tanah.

Program CEA ini telah mendapat akreditasi daripada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) pada 11 Julai 2011 (setaraf dengan peperiksaan Ejen Harta Tanah untuk Bahagian I dan II di bawah LPPEH).

Program ini dilaksanakan dalam dua (2) mod iaitu Program Perdana dan Program Eksekutif. Perbezaan antara dua mod ini adalah seperti berikut:

SIJIL AGENSI HARTA TANAH (CEA)
Perkara Program Perdana Program Eksekutif
Had umur Pemohon berumur 17 hingga 21 tahun Pemohon berumur 17 hingga 65 tahun
Tempoh pengajian 76 minggu termasuk latihan industri 80 minggu termasuk latihan industri
Kuliah Dijalankan pada hari bekerja (Isnin- Jumaat) Dijalankan pada hari Sabtu
Yuran pengajian Yuran pengajian bagi setiap semester ialah RM 365.00 seorang Yuran pengajian bagi keseluruhan semester ialah RM 8745.00 seorang
    • Semester 1 : RM 3045
    • Semester 2 : RM 2850
    • Semester 3 : RM 2850

Pemohon mestilah lulus peperiksaan SPM atau setaraf dan mestilah mendapat:

1. Kepujian dalam mata pelajaran
    • Bahasa Melayu
    • Matematik atau Matematik tambahan /
        Sains / Prinsip akaun / Perdagangan
    • Satu (1) mata pelajaran lain dan
2. Lulus dalam mata pelajaran:
    • dua (2) mata pelajaran lain.
ATAU
3. Mempunyai Sijil/ Diploma/ Ijazah/
    Sarjana/Phd dari Universiti yang diiktiraf
    oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
    *(bagi pemohon program eksekutif sahaja)

Sistem penilaian bagi program CEA meliputi
markah peperiksaan akhir dan kerja kursus. Pelajar perlu lulus kedua-dua elemen yang dinyatakan tersebut. Kerja kursus adalah terdiri daripada tutorial, ujian, kuiz, tugasan dan sebagainya.

Kurikulum pengajian adalah berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran dalam bidang agensi harta tanah.

Pelajar akan dianugerahkan sijil setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Mendapat kedudukan baik
2. Telah lulus semua mata pelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum pengajian
3. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan

Graduan INSPEN akan bekerja di sektor swasta (syarikat Agensi Harta Tanah, Pemaju, Penilai dan lain-lain) dan boleh berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) sebagai Ejen Harta Tanah Percubaan.

Berminat?? Sila Klik Butang Daftar Untuk Mendaftar Sekarang.