× HUBUNGI KAMI
About

CPMP

CERTIFIED PROPERTY MANAGEMENT PROGRAMME

Program Certified Property Management Programme (CPMP) merupakan laluan pendidikan untuk melahirkan Pengurus Harta yang berkelayakan dan berpengetahuan dari segi akademik serta berkemahiran teknikal dalam bidang pengurusan harta tanah/fasiliti. Fokus utama program ini adalah dari segi aspek teori dan praktikal dalam bidang pengurusan harta/fasiliti. Program ini merupakan laluan profesional dan bukan laluan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Program CPMP ini telah mendapat akreditasi daripada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH) pada 14 Mei 2025.

Program Certified Property Management Programme (CPMP) ini dilaksanakan dalam mod sepenuh masa iaitu Program Eksekutif (Tahap 7). Keterangan mod ini adalah seperti berikut:

MOD PENGAJIAN EKSEKUTIF (TAHAP 7)
(SEPENUH MASA)
Mod Penawaran Kerja Kursus
(Coursework)
Had Umur 23 dan ke atas
Tempoh Pengajian 54 minggu
Kuliah Sabtu dan Ahad
Yuran Pengajian Semester 1: RM4,320.00
Semester 2: RM4,125.00
Semester 3: RM3,300.00

JUMLAH: RM11,745.00

Seterusnya