× HUBUNGI KAMI
About

SPGT

SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH

Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) adalah program kedua yang dijalankan oleh INSPEN. Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan bagi membekalkan tenaga separa profesional yang terlatih dalam bidang pengurusan harta tanah sama ada untuk berkhidmat di sektor awam atau sektor swasta. Kandungan program ini juga berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran ditempat kerja .

Semua kurikulum program SPHT telah:
1. Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
2.Mendapat perakuan akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia    (MQA): MQA/FA 11513
3.Disokong oleh badan professional iaitu Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen    Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH) dan Pertubuhan Juruukur Diraja    Malaysia (RISM)

Tempoh Pengajian:
Program ini ditawarkan secara sepenuh masa untuk dua (2) tahun termasuk satu (1) semester latihan industri di organisasi-organisasi berkaitan.

Seterusnya