× HUBUNGI KAMI

TESTIMONI GRADUAN INSPEN

SHAMEEN ROSLAN

Terima Kasih INSPEN.  Pertama sekali, Terima kasih kerana telah memilih saya untuk memberikan testimoni graduan INSPEN. 

Saya amat bersyukur telah diberikan peluang emas untuk belajar di INSPEN Cohort 7 dalam Program Sijil Agensi Harta Tanah (CEA). Kisah mencuit hati yang tidak akan saya lupa adalah apabila saya diterima masuk sebagai pelajar setelah pendaftaran ditutup atas rayuan saya dan ibu. Alhamdulillah untuk peluang ini, pasti saya kenang sehingga akhir hayat saya. 

Sepanjang tempoh saya menimba ilmu di INSPEN merupakan pengalaman yang termanis di dalam hidup saya. Ilmu yang diberikan oleh pensyarah INSPEN amat menyeluruh dan lengkap sebagai persediaan untuk memasuki alam pekerjaan di dalam bidang harta tanah. 

Sewaktu saya menjalani internship, saya sedar bahawa ilmu yang saya pelajari di INSPEN sangat menyeluruh kerana walaupun sebagai pelatih, saya sudah faham tentang flow jual beli harta tanah dan Code of Conduct seorang REN. Ini memudahkan saya untuk close deal pertama saya yang bernilai RM800,000.00.

Saya juga telah diterima menjadi REN di syarikat internship saya sebelum saya graduate dari INSPEN dan antara kenangan manis kerjaya saya bermula apabila saya berjaya menjual 66 buah rumah dengan jumlah nilai RM20 juta dalam masa 4 bulan, dan terkini berjaya menjual sebidang tanah 3 ekar di Pulau Perhentian di waktu PKP hanya melalui panggilan telefon. 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Semua ini terjadi kerana sokongan daripada ibubapa, keluarga, dan kerana saya telah menerima ilmu yang bermanfaat daripada semua warga pendidik sewaktu bergelar pelajar di INSPEN. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada INSPEN, warga pensyarah dan semua yang terlibat sewaktu saya belajar di INSPEN. Pengalaman dan ilmu yang disampaikan, akan saya kenang dan amatlah saya hargai.

SHAMEEN ROSLAN
Senior Real Estate Negotiator
Great Casa Realty Sdn Bhd

 

AINA MUNIRAH BINTI HAMIDON

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak Institut Penilaian Negara atas peluang yang dibuka untuk mempelajari bidang harta tanah sama ada bahagian agensi harta tanah, penilaian harta tanah mahupun pengurusan harta tanah. Saya adalah salah seorang graduan Sijil Agensi Harta Tanah Cohort 7. Selepas tamat belajar, saya mendaftar sebagai Probationary Estate Agent dan sedang menunggu tag PEA saya dikeluarkan oleh BOVAEP. Walau bagaimanapun, saya tidak melepaskan peluang yang ada untuk mencari pengalaman di dalam bahagian penjualan perumahan. Saya kini sedang bekerja di dalam bidang Sales & Marketing di salah sebuah syarikat pemaju harta tanah terbesar di Malaysia. Banyak ilmu yang dipelajari semasa di INSPEN boleh diperaktikkan di dalam kerjaya saya. Saya amat menghargai segala tunjuk ajar oleh pensyarah-pensyarah dan kakitangan yang banyak membantu saya dan rakan-rakan semasa di INSPEN sehingga saya berjaya ke tahap ini. Saya akan memanfaatkan segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh untuk mencapai cita-cita saya sebagai Real Estate Agent (REA).

AINA MUNIRAH BINTI HAMIDON
Sales Executive
SUNSURIA BERHAD

 

MUHAMMAD AZIZ IDHAM BIN YUSNIZAM

Saya Muhammad Aziz Idham Bin Yusnizam merupakan graduan Sesi 2019/2020 program Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) di Institut Penilaian Negara. Sejujurnya, saya amat bersyukur kerana diberikan peluang dan ruang untuk belajar di Institut ini. Ia merupakan salah satu platform untuk mengembangkan lagi minat saya dalam bidang harta tanah sekaligus membantu dalam menghasilkan graduan yang holistik dari segi teori dan praktikal dalam mendepani alam pekerjaan kelak.

Di INSPEN, banyak kelebihan yang saya perolehi khususnya sebagai pelajar sepenuh masa seperti elaun bantuan makan pelajar (BMP), asrama yang selesa, pensyarah yang berpengalaman dan lain-lain. Sebenarnya jika pelajar bijak menguruskan kewangan mereka, elaun tersebut sudah lebih dari cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan pelajar malah lebihan yang ada boleh digunakan untuk membayar yuran setiap semester pembelajaran.

Selain itu, sebagai penggemar sukan, saya amat berpuas hati dengan fasiliti sukan yang disediakan oleh pihak INSPEN seperti gimnasium, gelanggang futsal, gelanggang bola tampar dan sebagainya. Saya dapat mengisi masa lapang pada waktu petang untuk bersukan dengan menggunakan kemudahan sukan ini.

Pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) turut menyediakan pelbagai program untuk kami pelajar INSPEN yang mana kesemua program berkenaan memberi kesan positif kepadakami semua khususnyadiri saya dari aspek duniawi dan ukhrawi.

MUHAMMAD AZIZ IDHAM BIN YUSNIZAM
Sijil Agensi Harta Tanah (Mod Perdana)
Sesi Akademik 2019/2020
Chester Properties Sdn Bhd

 

CHEAH HOCK CHONG

Real estate has been my passion ever since I was actively involved in the industry 12 years ago. I am currently attached as a Real Estate Negotiator with IQI Realty Sdn. Bhd., based in the city of Kuala Lumpur, Malaysia.

I worked as an Information Technology (IT) consultant with multiple international companies for 13 years before I decided to take the big leap to become a real estate negotiator. It was a life-changing decision for me. I would say, my journey into the real estate industry has been interestingly challenging yet satisfying.

Furthermore, i feel the need to equip myself with more in-depth industry-focus knowledge and to sharpen my skills in estate agency so that I would be able to maximise my contribution to the society. I was looking for a professional institution to further improve my real estate knowledge. INSPEN was recommended to me by a friend of mine.

I was enrolled in Certificate of in Estate Agency (CEA) Executive Mode program. To me, it was one of the most rewarding and memorable events in my life. INSPEN has provides me the gateway to further strengthen my industry-focus knowledge and the career path for me to become a professional estate agent.

Throughout my studies in INSPEN, the institution maintained a very formal and strict discipline toward its students. And yet, the management team has successfully showed high professionalism, caring and courtesy towards handling students' welfare. The team of staff continuously engage, interact and communicate with me during my time in INSPEN. Even during the Covid-19 pandemic, INSPEN has coordinated and handled the situation well.

The lecturers have shown a high degree of industry and works related knowledge. The lecturers are very knowledgeable in their own particular field. They are dedicated and committed, genuinely helpful and their willingly to share their knowledge. They gave a very good guidance to me as a student. I would like to thank each one of them for their generosity in sharing their priceless knowledge to me and my classmates.

The institution provides a good range of facilities. My classes are conducted in air-conditioned auditoriums. I am satisfied with the facilities provided such as the class auditoriums, library, cafeteria and the greenery open spaces too, where i did most of my revisions.

Last but not least, I would like to express my sincere appreciation to INSPEN especially to each and every one of the team of staff whom has made this all possible for me. The professionalism, commitment and dedication shown by INSPEN as a true institution for all of us and the future generation to come. Keep up the good work INSPEN!

Signing off as a proud graduate of INSPEN!
Thank you very much INSPEN!

CHEAH HOCK CHONG
Sijil Agensi Harta Tanah (Mod Eksekutif)
Sesi Akademik 2019/2020

 

MOHD NASOHA BIN JAIMAN

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Inilah pepatah yang sesuai digambarkan atas usaha dan perjuangan saya dan rakan-rakan di Cohort 9 Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) INSPEN.

Saya amat bersyukur dapat menamatkan pengajian di INSPEN dalam Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) Mod Eksekutif. Saya juga amat berterima kasih kepada pihak pengurusan INSPEN yang sentiasa membantu kami sepanjang tempoh pengajian.

Ujian terbesar cohort kami ialah peralihan daripada pengajian bersemuka kepada pengajian dalam talian (online) kerana pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun, INSPEN melalui fasiliti dan kepakaran yang dimiliki telah mengurus dan memudahkan proses pembelajaran kami dengan baik. Syabas INSPEN!

Silibus pembelajaran Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) memenuhi kehendak semasa di dalam industri hartanah khususnya. Ini kerana silibus CEA sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Jadual pembelajaran bagi Mod Eksekutif juga disusun dengan tidak mengganggu pekerjaan kami sama ada di pejabat atau di lapangan. Saya berpuas hati dan selesa dengan kaedah ini.

INSPEN juga telah menyediakan pensyarah yang berpengalaman dan berpengatahuan di dalam industri harta tanah. Perkara ini secara tidak langsung memberikan nilai tambah di dalam kursus CEA ini. Silibus dan pengalaman pensyarah memainkan peranan penting dalam membentuk kami menjadi graduan yang berkemahiran dan berpengetahuan di dalam industri. Saya amat berharap INSPEN dapat mengekalkan pendekatan ini.

Memandangkan kami pelajar Mod Eksekutif, ilmu yang kami perolehi di dalam kelas telah kami segera praktikkan dalam pekerjaan kami, sekaligus memberikan kami keyakinan semasa bekerja dan berurusan dengan pelanggan kami. Selain itu, program CEA juga telah memberikan pendedahan kepada saya mengenai perjalanan karier sebagai seorang Ejen Harta Tanah. Saya semakin bersemangat untuk mencapai impian saya menjadi seorang Ejen Harta Tanah Berdaftar!

Akhir kata, selamat maju jaya kepada rakan-rakan Cohort 9. Seterusnya, saya berdoa semoga INSPEN terus mengekalkan kecemerlangan dan terus melahirkan graduan yang hebat.

Terima kasih INSPEN!

MOHD NASOHA BIN JAIMAN
Sijil Agensi Harta Tanah (Mod Eksekutif)
Sesi Akademik 2019/2020

 

OLIVIA YONG JIA WEI

It is an honour to be one of the students of INSPEN, the experience of learning in INSPEN is nice and enjoyable, I have gained a lot of necessary knowledge about the real estate field.

The facilities in the campus are adequate for students of INSPEN and all the lecturers are very knowledgeable and most importantly very kind. They delivered every single point patiently and very clearly to the students.

I have truly enjoyed this great learning journey in INSPEN.

OLIVIA YONG JIA WEI
Sijil Agensi Harta Tanah (Mod Perdana)
Sesi Akademik 2019/2020