Assalamualaikum wbt.
Terima kasih diucapkan kepada Institut Penilaian Negara (INSPEN) kerana telah memberi saya peluang untuk menimba ilmu yang saya tak pernah tahu keberadaannya selama ini . Bagi saya Inspen menyediakan pembelajaran teori dan praktikal yang sangat lengkap dalam bidang hartanah memandangkan semua pensyarah INSPEN adalah Pegawai Penilaian yang berpengalaman dalam bidang tersebut.
Informasi dan tunjuk ajar yang diperolehi sewaktu pengajian saya di INSPEN mendorong saya untuk lebih yakin dalam memberikan perkhidmatan dalam bidang pengurusan hartanah yang saya ceburi sekarang. INSPEN memberi satu kesan yang signifikan kepada saya dalam membentuk jati diri dalam bidang pengurusan harta tanah yang saya ceburi.
INSPEN juga menyediakan fasiliti sukan yang terbaik kepada pelajar-pelajar antaranya stadium bola speak dan Kompleks Sukan. Terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan INSPEN kerana selalu menolong kami para pelajar dalam menguruskan urusan penggunaan fasiliti sukan dan peralatan. Saya selalu dijemput menyertai kejohanan bola sepak di dalam dan juga di luar INSPEN dengan jabatan lain di sekitar Putrajaya bersama kakitangan INSPEN. Perkara ini amat dihargai oleh saya.
WAN MUHAMAD IZZUDDIN BIN WAN ABDULLAH
Assistant Building Executive
Azmi & Co (Bangi) Sdn Bhd
Saya dengan rasa rendah hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak INSPEN khususnya kepada para pensyarah dan juga
pihak Hal Ehwal Pelajar kerana telah banyak membantu saya dan kawan-kawan sepanjang kami belajar sehingga tamat pengajian.
Para pensyarah di INSPEN semuanya baik-baik belaka dan penyayang.
Kemudahan yang ada di INSPEN juga lengkap, bilik kuliah yang selesa dan berhawa dingin meningkatkan lagi semangat saya untuk belajar. Alhamdulillah.
NUR FARHANAH BINTI MOHD BOHARI
Diploma in Real Estate Management
UiTM Seri Iskandar
INSPEN merupakan salah satu institusi yang terbaik bagi mereka yang ingin menceburi bidang harta tanah.
Melalui INSPEN, saya dapat meningkatkan prestasi akademik atas bantuan dan sokongan yang diperoleh daripada
pensyarah-pensyarah. Pensyarah-pensyarah INSPEN sentiasa membantu saya dalam pembelajaran saya dengan memberikan
penjelasan terhadap subjek-subjek yang agak sukar untuk difahami. Bukan itu sahaja, kelas tambahan juga diadakan
untuk memberikan pencerahan kepada semua pelajar. Setiap semester, saya akan meminta nasihat pensyarah bagi meningkatkan
semangat saya di dalam pelajaran. Sepanjang semester dua dan empat yang dilakukan sepenuhnya dalam online class, saya mampu
mengekalkan prestasi akademik dengan sokongan rakan-rakan dan terutamanya keluarga yang memberikan semangat yang tidak henti-henti
untuk tidak putus asa dalam belajar.
Di INSPEN juga, saya dapat mendalami minat saya dalam bidang pengurusan hartanah, dan disebabkan itu,
saya dapat aplikasikan pembelajaran saya sewaktu saya menjalani latihan industri di syarikat pengurusan hartanah dengan sangat baik.
Fasiliti yang disediakan oleh INSPEN juga memudahkan saya untuk bergerak dari asrama ke kelas setiap pagi dan semua pelajar boleh
melakukan study group di perpustakaan. Aktiviti riadah, sukan, dan kelab juga dapat memberikan saya peluang untuk menjadi lebih proaktif
dan menikmati aktiviti yang diadakan tanpa memikirkan pembelajaran sepanjang masa.
‘ISMAT ZARREEN BINTI MOHAMAD NASER
Sijil Pengurusan Harta Tanah
Sesi Akademik 2019/2020