Ribuan penghargaan saya berikan kepada pihak INSPEN kerana telah memberi peluang dan ruang kepada saya untuk menjadi sebahagian anak didik daripada institusi yang telah melahirkan graduan dalam bidang harta tanah.
Pengajian di INSPEN sememangnya memberi banyak ilmu dan pengetahuan yang sangat jelas dalam bidang harta tanah. Kemudahan yang kondusif dan para pensyarah yang berpengalaman adalah keistimewaan bagi para pelajar
di INSPEN. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak akademik yang telah banyak membantu dan telah melahirkan para graduan di institusi ini menjadi seorang yang berjaya dan berkerjaya dalam bidang
harta tanah. Justeru itu, semoga INSPEN akan terus cemerlang melahirkan para graduan yang berinovatif dan berminda kelas pertama dalam mengharungi era globalisasi ini.
Sekian terima kasih.
AZREE ANAK SADIT
Penolong Pegawai Penilaian, W29
Jabatan Tanah dan Survei Sarawak
Saya rasa bersyukur kerana memilih INSPEN sebagai tempat saya untuk menuntut ilmu. INSPEN telah banyak membantu saya dalam mempelajari bidang yang saya minati iaitu bidang hartanah.
Dengan sijil INSPEN yang saya perolehi saya berpeluang untuk bekerja di syarikat swasta atau dikenali sebagai CSL Real Estate. Di sini, saya memegang jawatan sebagai
Property Management Assistant. Walaupun saya mengambil bidang penilaian di INSPEN dan bukannya bidang agensi, saya rasa sangat bersyukur kerana INSPEN juga memberi peluang kepada
kami untuk mempelajari sedikit sebanyak tentang bidang lain. Oleh sebab itu, saya dengan mudah mendapat tawaran pekerjaan dari syarikat agensi harta tanah.
Ingin saya ucapkan terima kasih kepada INSPEN terhadap ilmu yang saya perolehi sepanjang belajar di INSPEN. Sesungguhnya INSPEN memang terbaik.
MICHELLE ANN JEKEP
Property Management Assistant
CSL Real Estate
Salam sejahtera, terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih kerana telah berjaya dan berpeluang mengambil sedikit peranan sebagai alumni INSPEN.
Selama tempoh 2 tahun saya berada di INSPEN, saya berasa sangat selesa atas kemudahan dan suasana pembelajaran yang yang tip-top, bahan rujukan yang mampat, para pensyarah yang amat berpengalaman dan keperluan asas pelajar yang dijaga dengan baik. Selain itu, informasi terkini berkenaan harta tanah juga dapat dipertingkatkan dan disampaikan dari semasa ke semasa. Ilmu yang dipelajari oleh saya bukan setakat merujuk kepada buku rujukan, malah pengalaman pensyarah yang telah lama berkhidmat dalam bidang ini dapat dikongsi bersama.
Pendek kata, INSPEN memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha mendidik kawan-kawan/adik-adik yang memang bercita-cita tinggi dan minat menceburi dalam bidang harta tanah.
Sekian, terima kasih.
LIM YUH JYE
Penolong Pegawai Penilaian, W29
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Tawau
Ribuan terima kasih kepada Institut Penilaian Negara (INSPEN), kerana memberi peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang harta tanah.
Semasa berada di INSPEN, saya dapat membelajari pelbagai ilmu pengetahuan tentang harta tanah, terutama semasa latihan industri. Selain itu, subjek yang
dipelajari di INSPEN adalah subjek yang saya dipelajari di university. Dengan itu, INSPEN telah berjaya membina asas ilmu harta tanah yang kukuh untuk
saya melanjutkan pelajaran. INSPEN adalah satu tempat dapat membina keyakinan dan jati diri seseorang. Selain itu, INSPEN juga telah membantu pelajar
lepasan SPM untuk mempelajari hidup berdikari semasa berada di INSPEN. Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada INSPEN di atas peluang yang diberikan kepada saya.
JASON VOO LIANG HONG
Bachelor of Real Estate Management and Auction (Honours)
International University of Malaya-Wales (IUMW)
Terima kasih dan Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana saya dan rakan-rakan diberi peluang untuk belajar dan menamatkan pengajian di
Institut Penilaian Negara (INSPEN). Sejujurnya, pembelajaran teori dan praktikal di INSPEN sangat membantu saya dalam memberi pendedahan awal
bidang harta tanah sebelum meneruskan pengajian di peringkat seterusnya. Tidak lupa saya ucapkan terima kasih kepada para pensyarah yang
professional dan berpengalaman yang mendidik saya dari Semester 1 hingga Semester 5.
Semua ilmu dan kenangan yang saya perolehi di INSPEN akan saya manfaatkan sebaik mungkin. Saya berbangga kerana menjadi salah seorang produk keluaran INSPEN.
Sekian, terima kasih.
WAN FASIHAH BT W MD SABRI
Diploma in Real Estate Management
UiTM Seri Iskandar
Assalammualaikum wbt dan syukur ke Hadrat Ilahi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak INSPEN yang telah memberi peluang dan ruang kepada saya bagi mempelajari ilmu yang baru di mana sebelum ini saya sendiri tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang ini.
Alhamdullilah sepanjang dua tahun tempoh pengajian saya di INSPEN banyak ilmu dan pengalaman yang saya perolehi terutama sekali daripada pensyarah yang tidak jemu untuk mencurahkan ilmu kepada saya serta rakan-rakan yang lain. Hampir semua pensyarah yang ada telah berkhidmat di dalam bidang ini dan pembelajaran menjadi mudah difahami kerana semasa sesi pembelajaran dapat dikaitkan dengan pengalaman serta situasi mereka sendiri.
Kemudahan fasiliti yang berada pada tahap terbaik juga telah disediakan oleh pihak INSPEN bagi mewujudkan sesi pembelajaran yang lebih efektif serta keselesaan kepada para pelajar.
Akhir kata dari saya, apa-apapun yang kita lakukan pastikan dengan niat yang baik. Sebab, setiap sesuatu yang kita lakukan dengan niat yang baik, pasti akan membuahkan hasil yang baik.
Sekian, Terima kasih.
MUHAMMAD FIKRI BIN ZAHARIN
Penolong Pegawai Penilaian, W29
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Shah Alam
Alhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian dalam program Sijil Penilaian Harta Tanah sesi 2019/2020.
Walaupun negara mengalami pandemik COVID-19, pelbagai dugaan yang saya lalui namun ianya bukanlah satu rintangan bagi saya untuk belajar dan menamatkan pengajian dengan jayanya. Dengan usaha yang luar biasa ini, tidak terbalas jasa tenaga pengajar kepada saya.
Di INSPEN, terdapat pelbagai fasiliti seperti perpustakaan, surau, bilik diskusi, tempat beriadah dan pelbagai lagi yang telah tersedia untuk membantu saya mempertingkatkan lagi pengetahuan di dalam bidang harta tanah dengan aman dan selesa ketika meneruskan pengajian di INSPEN.
INSPEN menawarkan yuran pengajian yang rendah dan dengan adanya elaun makan pelajar yang mencukupi saya dapat menyara diri sewaktu pengajian di INSPEN. Dengan ini, sekaligus dapat mengurangkan beban ibu bapa saya.
Akhir sekali, saya berasa amat gembira kerana telah membuat keputusan yang tepat untuk memilih INSPEN sebagai tempat pengajian saya selepas tamat persekolahan. Walaupun pada awalannya saya tidak mempunyai apa-apa ilmu didalam harta tanah, berkat doa ibu-bapa dan tunjuk ajar para pensyarah dan rakan-rakan, dapat saya meyakinkan diri untuk meneruskan pengajian saya di INSPEN di dalam bidang penilaian. Ia telah membuka haluan yang luas untuk masa depan saya.
AZARUL ZIQRI AZIM BIN MOHAMED AZIZI
Sijil Penilaian Harta Tanah
Sesi Akademik 2019/2020
INSPEN merupakan antara pusat pengajian terbaik dalam bidang harta tanah. Ia menyediakan pelbagai fasiliti yang terbaik untuk kemudahan pelajar sama ada fasiliti pembelajaran dan pengajaran, fasiliti sukan dan riadah dan surau. Tenaga pelajarnya pula adalah terdiri daripada pensyarah yang berkemahiran dan berkebolehan dari segi pengetahuan ilmiah dan praktikal yang akan dapat memudahkan pelajar untuk mendapat gambaran situasi alam pekerjaan dalam bidang harta tanah ini.
Alhamdulillah, segala input yang didapati dalam sesi pembelajaran dan pengajaran sepanjang saya di INSPEN mampu dipraktikkan dalam alam pekerjaan saya kini. Saya sangat berbangga kerana menjadi pelajar INSPEN dan sangat berterima kasih kepada para pensyarah dan staff INSPEN yang terlibat sepanjang keberadaan saya di sini.
SITI UMAIRAH BINTI ROSDI
Pelajar Sijil Penilaian Harta Tanah
Sesi Akademik 2019/2020
Berkhidmat di Firdaus & Associates Property Professionals Sdn Bhd Putrajaya.
The experience and sharing of knowledge in INSPEN has laid a strong foundation for every student to venture into real estate as well as higher education.
The comprehensive learning in INSPEN has provided me with adequate knowledge to pursue my study at a bachelor degree level.
NUR AFIQAH BINTI RASHDI
Bachelor of Property Economics
Queensland University of Technology Brisbane, Australia
Pembelajaran dan pengajaran di INSPEN bukan sahaja setakat ilmu teori di dalam kuliah tetapi memberi pengalaman sebenar dalam
industry yang diperolehi dari kerja khusus dan juga Latihan industry. Modul dari INSPEN juga banyak membantu saya dalam menjalani
subjek-subjek pengajian Ijazah di Australia. INSPEN telah memberi pendedahan dan juga rangsangan yang baik untuk mendalami ilmu
bidang harta tanah bagi pelajar-pelajar yang kurang pendedahan tentang sektor ini. Selain itu, saya merasa beruntung menjadi salah
seorang pelajar INSPEN kerana kemudahan dan infrastruktur yang lengkap di dalam institusi ini untuk saya menjalani pengajian selama
2 tahun di INSPEN dengan sangat selesa.
NUR BAHIYAH BINTI NOOR RUDDIN
Bachelor of Property Economics
Queensland University of Technology Brisbane, Australia
Saya amat bersyukur kerana dapat belajar dalam bidang Penilaian Harta Tanah sepanjang dua (2) tahun
dan saya amat pasti bahawa INSPEN merupakan institusi terbaik untuk menimba ilmu dalam bidang harta tanah.
Kini, saya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran saya di Queensland University of Technology Brisbane.
Ilmu dan pengalaman yang saya peroleh sepanjang saya belajar, pastinya akan saya gunakan dalam bidang ini.
Terima kasih INSPEN kerana telah menunjukkan hala tuju untuk saya menjadi seorang penilai harta tanah yang
berdedikasi dan berkeyakinan tinggi di dalam perkerjaan nanti.
HEMA A/P JAYARAMAN
Bachelor of Property Economics
Queensland University of Technology Brisbane, Australia
INSPEN telah memberi saya peluang untuk meningkatkan pengetahuan dalam industri harta tanah dengan lebih mendalam.
Malah, saya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, Queensland University of Technology Brisbane.
Selain itu, saya dapat banyak pengalaman yang pasti saya akan gunakan di alam pekerjaan.
Ini dapat membentuk saya menjadi seorang yang lebih produktif dan dedikasi.
MUHAMMAD SYAFIK OMAR
Bachelor of Property Economics
Queensland University of Technology Brisbane, Australia